Sedekah & Wakaf Bagaikan Air Yang Mengalir
Sedekah & Wakaf Bagaikan Air Mengalir - Pembangunan Sekolah Tahfiz

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).

.

Tahukah anda, ramai di luar sana, anak-anak muda kita yang teringin sangat nak hafaz al-Quran serta belajar akademik dalam suasana yang baik & selesa, namun peluang yang ada agak terhad dan selalu tak cukup? Sedih kan?

Tak dinafikan, di Malaysia, terlalu banyak sekolah yang menawarkan pembelajaran akademik. Namun nak cari sekolah yang mampu tawarkan peluang akademik serta peluang untuk hafaz 30 juzu’ al-Quran serta dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan yang baik agak terhad jika dibandingkan permintaan sedia ada.

Sebab itu, hadirnya SMITI Tahfiz Tok Guru bagi menawarkan peluang keemasan kepada anak-anak kita agar lahirnya lebih ramai Hafiz al-Quran yang mahir dalam bidang profesional disamping melahirkan juga para agamawan yang alim rabbani.




Apa yang menarik di SMITI Tahfiz Tok Guru?

Ramai yang tanya, apa keistimewaan SMITI Tahfiz Tok Guru? Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru merupakan satu-satunya SMITI di Kelantan serta merupakan SMITI pertama di Kelantan. Kalau anda nak tahu, para pelajar diberi peluang untuk mendalami 4 kurikulum utama;


1. Kurikulum Hafazan 30 Juzu’ al-Quran 2. Kurikulum Arus Perdana (KSSM) 3. Kurikulum Pengajian Islam -Pengajian Turath Islami 4. Ilmu Agropreneur - bidang pertanian & penternakan Bayangkan, dengan keempat-empat kurikulum di atas yang dibekalkan kepada anak-anak muda kita, insha-Allah kita mampu sama-sama membina sebuah generasi muda yang;

  • profesional dalam bidang akademik
  • Hafiz al-Quran
  • alim & faqih dalam bidang pengetahuan agama
  • mahir dalam ilmu pertanian & penternakan yang jarang didedahkan kepada generasi muda zaman kini.



Di Mana Lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru?

Alamat SMITI: Kampung Wakaf, 16800 Pasir Puteh, Kelantan (5.8480436,102.3404901) Atau anda boleh buat carian lokasi kami di Waze atau Google Maps.



Hasil Sumbangan Para Dermawan Yang Ikhlas Alhamdulillah, berkat hasil usaha bersama dan keikhlasan para dermawan yang budiman termasuk anda, kami telah belanjakan semua sumbangan lebih RM 306,000.00 untuk menyiapkan pengubahsuaian 3 blok utama sekolah;

1. Blok Utama: Bilik darjah / Bilik Guru / Asrama Pelajar Sementara / Bilik Warden / Tandas; 2. Blok Pejabat Pengurusan Sekolah 3. Blok Kantin Pelajar

Namun, kami masih memerlukan RM 344 ribu lagi bulan ini untuk menyiapkan proses membaik pulih kesemua bangunan sedia ada (senarai di atas) dan juga melengkapkan peralatan asas sekolah keseluruhannya untuk kegunaan pelajar-pelajar bagi tahun 2021 & 2022.

Gambaran landskap SMITI Tahfiz Tok Guru selepas semua projek pembangunan dan penyelenggaraan selesai 100%

Setiap Kebajikan Mereka, Amal Jariah Buat Anda Anda bayangkan, setiap kebajikan yang anak-anak pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru laksanakan termasuk menghafaz al-Quran dengan baik, setiap bait huruf al-Quran yang dibaca & setiap ilmu yang dipelajari dan diamalkan mereka mampu menjadi amal jariah (berterusan) buat anda disebabkan derma dan wakaf yang anda salurkan secara ikhlas khas buat mereka sehingga mereka mampu belajar dengan baik. Moga-moga amal jariah inilah yang mampu menjadi saham akhirat serta bantuan buat kita ketika bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak.

Penghargaan Kami Buat Anda Para Dermawan Kepada anda yang menyumbang melalui web ini, kami dari SMITI Tahfiz Tok Guru berbesar hati memberikan kepada anda 3 Bonus Khas Percuma bernilai RM 377.00.



Pemberitahuan

1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Nilai sumbangan anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay.

3. SMITI Tahfiz Tok Guru diuruskan oleh Pusat Tahfiz Turath Tok Guru. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama "PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU".


Sumbangan Secara Manual

Sekiranya anda ingin menyumbang secara manual, di bawah ini kami sertakan  maklumat akaun Pusat Tahfiz Turath Tok Guru:


Maybank: 553010642856
PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU

Sila masukkan perkataan "sumbangan" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan sumbangan

Dan jika anda ingin dapatkan 3 Bonus Percuma di atas selepas membuat sumbangan secara manual,  anda boleh WhatsApp kepada Team kami di +6011 5427 0757 untuk dapatkan akses bonus dengan menyertakan resit sumbangan.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

+6013-946 6880
Ustaz Wan Abu Bakar,
Pengerusi Pusat Tahfiz Turath Tok Guru merangkap  Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus SMITI Tahfiz Tok Guru

Semoga Allah taala memberkati rezeki anda sekeluarga asbab sumbangan anda kepada kami terutama demi keselesaan anak-anak pelajar kita.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Tajaan Peribadi Jutawan - RM2999
Bantuan Peribadi Dermawan - RM499
Pakej A - RM129
Pakej B - RM99
Pakej C - RM49
Pakej D - RM29
Pakej E - RM19
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN