Sedekah SMITI Tahfiz Tok Guru


Sumbangan Dana
Proses Pembangunan & Penyelenggaraan Sekolah Tahfiz
SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan



Sedekah & Wakaf Bagaikan Air Mengalir

“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).

 
Rebut Saham Akhirat Anda
Ayuh sama-sama rebut saham akhirat dan amal jariah (pahala berterusan mengalir) bersama SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan bagi mengumpulkan dana penyelenggaraan sekolah buat para pelajar tahfiz kita.

Tujuan Sumbangan Dana Tahfiz Ini
Tujuan sumbangan dana tahfiz ini diusahakan bagi menyiapkan proses membaik pulih kesemua bangunan sedia ada di SMITI Tahfiz Tok Guru (SMITI dimulakan dengan mengambil alih bangunan sekolah lama yang terbengkalai) serta kos pengurusan bulanan sekolah untuk keselesaan pelajar tahfiz kita bagi tahun 2022 ini.



.

Hasil Sumbangan Penderma Sedia Ada

Alhamdulillah, berkat hasil sumbangan sedia ada dari pada dermawan, sudah banyak manfaat yang diterima oleh para pelajar tahfiz kita.
  Meja baru, kerusi baru, kipas baru. Bahkan peralatan asrama seperti katil dan tilam yang baru juga sudah dapat kita bekalkan demi keselesaan anak tahfiz SMITI kita pada tahun ini.
.   Apa Yang Menarik di SMITI Tahfiz Tok Guru?

Ramai yang tanya kami, apa keistimewaan SMITI Tahfiz Tok Guru? Untuk makluman anda, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru merupakan satu-satunya SMITI di Kelantan serta merupakan SMITI pertama di Kelantan yang terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan.


Para pelajar tahfiz di SMITI diberi peluang untuk mendalami 4 kurikulum utama; 1. Kurikulum Hafazan 30 Juzu’ al-Quran 2. Kurikulum Arus Perdana (KSSM) 3. Kurikulum Pengajian Islam -Pengajian Turath Islami 4. Ilmu Agropreneur - bidang pertanian & penternakan


Menarik kan?

.  
Di Manakah Lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru?
 
Alamat SMITI Tahfiz Tok Guru: Kampung Wakaf, 16800 Pasir Puteh, Kelantan (Koordinat - 5.8480436,102.3404901)
Atau anda boleh buat carian lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru di Waze atau Google Maps.

.
Setiap Kebajikan Mereka, Amal Jariah Buat Anda


Bayangkan, setiap kebajikan yang anak-anak pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru laksanakan termasuk menghafaz al-Quran dengan baik, setiap bait huruf al-Quran yang dibaca & setiap ilmu yang dipelajari dan diamalkan mereka mampu menjadi amal jariah (berterusan) buat anda disebabkan derma dan wakaf yang anda salurkan secara ikhlas khas buat mereka sehingga mereka mampu belajar dengan baik. 
Moga-moga amal jariah inilah yang mampu menjadi saham akhirat serta bantuan buat kita ketika bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak.

.

Klik

Penghargaan Kami Buat Anda Para Dermawan
Ya, kami sangat hargai anda para dermawan yang sudi menyumbang bersama kami di SMITI Tahfiz Tok Guru serta berbesar hati memberikan kepada anda 3 Bonus Khas secara PERCUMA bernilai RM 277.00.

 

.

Pemberitahuan Ringkas
1. Bagi sumbangan online mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami. 2. Nilai sumbangan anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay. 3. SMITI Tahfiz Tok Guru diuruskan oleh Pusat Tahfiz Turath Tok Guru. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama "PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU".
.

Pilihan Kaedah Sumbangan Buat Anda 
Anda boleh menderma sama ada:

a. Secara manual

b. Secara online di laman web ini - sila isi borang sumbangan di bahagian bawah  (resit sumbangan disediakan)


.
a. Sumbangan Secara Manual

Sekiranya anda ingin menyumbang secara manual, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun SMITI Tahfiz Tok Guru:
  
Maybank: 553010642856 PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU Sila masukkan perkataan "sumbangan" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan sumbangan.

Dan jika anda ingin dapatkan 3 Bonus Percuma di atas selepas membuat sumbangan secara manual, anda boleh WhatsApp kepada Team kami di +6011 5427 0757untuk dapatkan akses bonus dengan memberikan resit sumbangan.
.

b. Sumbangan Secara Online (Resit Sumbangan Disediakan)
Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja

  1. Pilih pakej sumbangan anda pada borang di bawah
  2. Masukkan nama, emel dan no. telefon anda
  3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online
  4. Klik butang “Teruskan ke Pembayaran
  5. Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses sumbangan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

+6013-946 6880

 

Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin,
Pengerusi Pusat Tahfiz Turath Tok Guru merangkap  Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus SMITI Tahfiz Tok Guru

" Kami doakan semoga setiap ringgit yang anda sumbangkan menjadi asbab dimurahkan rezeki anda sekeluarga serta menjadi saham akhirat buat anda ketika bertemu Allah Taala kelak "

Sila Isi Borang di Bawah Untuk Derma Secara Online (Resit Derma Disediakan)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A - RM500
Pakej B - RM100
Pakej C- RM50
Pakej D - RM30
Pakej E - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN