Wakaf Pembinaan Asrama Segera SMITI Tahfiz Tok Guru

Dana Wakaf
Pembangunan Asrama Segera Pelajar Tahfiz
SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan




Sedekah & Wakaf Bagaikan Air Mengalir - Pembangunan Asrama Tahfiz
“Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya." (Riwayat Muslim).
.
Tahukah anda, ramai di luar sana, anak-anak muda kita yang teringin sangat nak hafaz al-Quran serta belajar akademik dalam suasana yang baik & selesa, namun peluang yang ada agak terhad dan selalu tak cukup? Sedih kan?

Tak dinafikan, di Malaysia, terlalu banyak sekolah yang menawarkan pembelajaran akademik. Namun nak cari sekolah yang mampu tawarkan peluang akademik serta peluang untuk hafaz 30 juzu’ al-Quran serta dilengkapi dengan prasarana dan kemudahan yang baik agak terhad jika dibandingkan permintaan sedia ada.

Sebab itu, hadirnya SMITI Tahfiz Tok Guru bagi menawarkan peluang keemasan kepada anak-anak kita agar lahirnya lebih ramai Hafiz al-Quran yang mahir dalam bidang profesional disamping melahirkan juga para agamawan yang alim rabbani.




Progess Semasa Pembanguan Asrama Pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru






Apa yang menarik di SMITI Tahfiz Tok Guru?
Ramai yang tanya kami, apa keistimewaan SMITI Tahfiz Tok Guru?
Untuk makluman anda, Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Tahfiz Tok Guru merupakan satu-satunya SMITI di Kelantan serta merupakan SMITI pertama di Kelantan yang terletak di daerah Pasir Puteh, Kelantan.
 
Para pelajar tahfiz di SMITI diberi peluang untuk mendalami 4 kurikulum utama;

1. Kurikulum Hafazan 30 Juzu’ al-Quran 2. Kurikulum Arus Perdana (KSSM) 3. Kurikulum Pengajian Islam -Pengajian Turath Islami 4. Ilmu Agropreneur - bidang pertanian & penternakan

Menarik kan?

 

Di Mana Lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru?  
Alamat SMITI Tahfiz Tok Guru:  Kampung Wakaf, 16800 Pasir Puteh, Kelantan (Koordinat - 5.8480436,102.3404901)
Atau anda juga boleh buat carian lokasi SMITI Tahfiz Tok Guru di Waze atau Google Maps.


 


Hasrat Murni Kami, Asrama Tetap Khas Buat Para Pelajar Untuk makluman anda, disebabkan kekangan kewangan, kami terpaksa menempatkan para pelajar tahfiz kita di bangunan sementara yang mana terletak bersama bangunan pentadbiran dan kelas.


Oleh sebab itu, pembinaan asrama segera buat pelajar menjadi tujuan utama kami sekarang agar para pelajar dapat menghafaz Al-Quran dengan sebaiknya serta mampu fokus kepada pembelajaran mereka 100% dengan selesa.


Kami akan mulakan pembinaan selepas hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.


Walaupun jumlah terkumpul di atas mencecah

RM559,900.00

namun kami sangat yakin ramai antara kita yang sudi untuk sama-sama membantu dalam merealisasikan hasrat murni ini bagi menyediakan sebuah prasarana dan kemudahan terbaik buat anak-anak pelajar hafiz kita.


Dengan ini, kami membuka peluang untuk anda berwakaf bagi pembinaan asrama pelajar tahfiz di SMITI Tahfiz Tok Guru, Pasir Puteh, Kelantan



Atau anda juga boleh pilih pakej Wakaf Seikhlas Hati mengikut kemampuan anda.





Setiap Kebajikan Mereka, Amal Jariah (Pahala Berterusan) Buat Anda
 
Bayangkan,  setiap kebajikan yang anak-anak pelajar SMITI Tahfiz Tok Guru laksanakan termasuk menghafaz al-Quran dengan baik, setiap bait huruf al-Quran yang dibaca & setiap ilmu yang dipelajari dan diamalkan mereka mampu menjadi  amal jariah (berterusan) buat anda  disebabkan derma dan wakaf yang anda salurkan secara ikhlas khas buat mereka sehingga mereka mampu belajar dengan baik.  
Moga-moga amal jariah (pahala berterusan) inilah yang mampu menjadi saham akhirat serta bantuan buat kita ketika bertemu dengan Allah Taala di akhirat kelak.

Penghargaan Kami Buat Anda Para Pewakaf 

Ya. Kepada anda yang berwakaf melalui web ini, kami dari SMITI Tahfiz Tok Guru berbesar hati memberikan kepada anda 3 Bonus Khas Percuma bernilai RM 227.00.

.

Daftar


Pemberitahuan Ringkas

1. Bagi wakaf online mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Nilai wakaf anda adalah termasuk RM1.00 caj payment gateway Toyyibpay. 3. SMITI Tahfiz Tok Guru diuruskan oleh Pusat Tahfiz Turath Tok Guru. Nama pada akaun bank adalah menggunakan nama "PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU".  .

Pilihan Kaedah Berwakaf Buat Anda

Anda boleh berwakaf sama ada:
a. Secara manual

b. Secara online di laman web ini - sila isi borang wakaf di bahagian bawah (resit wakaf disediakan)


.
a. Wakaf Secara Manual
Sekiranya anda ingin berwakaf secara manual, di bawah ini kami sertakan maklumat akaun SMITI Tahfiz Tok Guru:
  
Maybank: 553010642856 PUSAT TAHFIZ TURATH TOK GURU Sila masukkan perkataan "wakaf" pada bahagian reference bagi memudahkan proses agihan wakaf.
Dan jika anda ingin dapatkan 3 Bonus Percuma di atas selepas membuat wakaf secara manual, anda boleh WhatsApp kepada Team kami di +6011 5427 0757 untuk dapatkan akses bonus dengan memberikan resit wakaf.
.
b. Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)

Dengan 5 Langkah Mudah Sahaja

  1. Pilih pakej wakaf anda pada borang di bawah
  2. Masukkan nama, emel dan no. telefon anda
  3. Pilih perbankan dalam talian untuk pembayaran secara online
  4. Klik butang “Teruskan ke Pembayaran
  5. Pilih online banking anda (Maybank2u, Cimbclicks, etc) untuk selesaikan proses wakaf

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

+6013-946 6880

 

Ustaz Wan Abu Bakar Wan Mahussin,
Pengerusi Pusat Tahfiz Turath Tok Guru merangkap  Pengerusi Ahli Lembaga Pengurus SMITI Tahfiz Tok Guru

" Kami doakan semoga setiap ringgit yang anda wakafkan menjadi asbab dimurahkan rezeki anda sekeluarga serta menjadi saham akhirat buat anda ketika bertemu Allah Taala kelak "

Sila Isi Borang di Bawah Untuk Wakaf Secara Online (Resit Wakaf Disediakan)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
1 Lot Wakaf - RM130.00
10 Lot Wakaf - RM1,300
Wakaf Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN